Wednesday 5 May 2021

KISAH RUMAH BARU (PART 1)

Hai Assalamualaikum semua

Masa entri ni ditulis adalah pada 6 Mei 2021.

Maknanya dah 5 bulan aku tak cerita apa-apa. Well entahlah bila dah masuk umur 30 ni jadi malas, tapi sebelum ni pon memang aku malas dah.haha. Entahlah

Ok entri kali ni aku nak cerita pasal  proses rumah baru aku. 

Alkisah sebenarnya aku tak rushing pon nak beli rumah tapi bila mak aku bising-bising pasal kucing aku maka aku decide untuk beli rumah lain terus. Senang sikit ada rumah sendiri nak letak kucing. Dipendekkan cerita, aku kan memang urgent nak beli rumah jadi aku try cari dekat mudah pasal rumah untuk dijual yang sesuai lah. Lepas dah survey dan rasa macam aku mampu bayar dan most importantly,,pergi tempat kerja aku cuma dalam 8 minit je, aku pon proceed je lah, Malas dah nak cari rumah lain.

Bila dah survey aku pon contact agent rumah yang aku nak beli ni. Aku contact a few agent lah untuk tanya pasal rumah lot tepi tapi mostly dah sold out. Kiranya takde lah rezeki aku nak beli rumah.

Lepastu one day ada agent ni whatsapp ada lot tepi yang kosong tapi lot end lot. Lepas pikir-pikir and aku tak nak terlepas lot tu maka aku setuju je lah. Maka bermula lah proses nak membeli. Ok dekat sini aku tak tahu lah aku sejenis manusia macam mana,,aku teruskan proses beli tanpa tengok dalam rumah tu keadaan macam mana pon. Gila kan,,dan proses aku dengan agent tu pon melalui whatsapp je. Nampak tak betapa tegar dan beraninya aku beli rumah yang harga ratus-ratus ribu tanpa jumpa agent dan tengok rumah pon. 

Lepas dah selesai proses apply loan apa semua,,alhamdulillah  loan rumah aku lulus lah. Lepas loan dah lulus, maka tunggu untuk proses sign snp pulak apa semua tu lah. Dalam setahun jugak lah aku tunggu rumah siap sebelum dapat kunci.

December 2020,aku dapat email untuk ambik kunci rumah so aku pon pergi lah ambik kunci rumah dan tengok rumah tu macam mana. Bila dah dapat kunci, aku terus pergi tnb untuk apply elektrik, harga dalam RM260. Bagusnya TNB ni,hari ni aku bayar, esok terus datang pasang. Lepas dah apply elektrik aku kena pergi jabatan air pulak untuk apply bekalan air. Yang proses ni memang lambat,dalam dua minggu ke tiga minggu jugak nak dapat bekalan air



Ni gambar lepas dapat kunci. Yes aku beli rumah PR1MA je tapi still mahal jugak yet affordable untuk aku bayar monthly lah. Ye lah nak beli rumah dua tingkat tak lepas pulak, lain lah kalau kita ni berlaki boleh jugak joint loan beli rumah banglo terus ke.Haha.Tapi yang bagus rumah PRIMA ni sebab dia gated guard jadi sepanjang aku duduk sorang dekat sini tak takut sangat lah sebab ada guard.

Boleh lah setakat rumah untuk aku duduk sorang dengan kucing-kucing aku. Alhamdulillah. 

FYI rumah ni tak besar pon in fact lepas aku dapat kunci je baru aku macam terpikir kenapa aku tak pergi tengok rumah contoh dulu kan sebab kalau aku pergi tengok confirm aku takkan beli sebab rumah ni kecik. Tapi yang bagusnya sebab dekat je dengan tempat kerja jadi pagi-pagi tak rushing untuk pergi dan balik kerja so aku berlapang hati je lah..huhu..Harapnya lama lah aku boleh kerja lagi.

Ok setakat ni dulu untuk entri kali ni. Nanti aku cerita pulak bila aku masuk duduk rumah ni

0 comments:

Post a Comment