Friday 6 September 2019

KAPAS CAMPING TRIP PART 2

Ayuh sambung cerita camping

Kitorang naik bot paling awal tau,bot pukul 9.Next bot pukul 11 jadi pandai-pandai lah bajet perjalanan korang nanti.Kitorang nak sampai awal sebab banyak plan nak buat katanya kan. Memandangkan cuti pon 2 hari je jadi kalau boleh banyak sikit aktiviti yang kitorang nak buat kat sana

Naik bot pergi pulau tak lama pon, dalam 15 minit je. Sesiapa yang fefeeling mabuk laut tu kau tampo je sebab tak sempat weyh nak mabuk-mabuk pon. Bila dah sampai dekat tempat camping satu hal pulak nak turun dari bot tu. Abang bot tu annoying gila yer cakap 'Cepat sikit turun,gelombang ni'I was like chill la bang,beg kitorang dah la gedabak.Almaklumlah kalau yang pergi pon persis model victoria secret,beg pon haruslah gedabak weyh.



Ok dekat sini je kau boleh tengok aku macam mana so kau boleh lah imagine betapa annoying nya aku time nak turun tu ye. 

Kitorang sampai tempat camping tu dalam pukul 9.30 lah and kitorang expect untuk terus boleh masuk khemah tapi sebenarnya standard lah kan kalau check in mana2 kan mesti pukul 2 mcm tu. Tapi kitorang nak letak beg je sebenarnya. So bila sampai sangat lah clueless ye sebab reception punya tempat apa semua tadek jadik nya terpaksalah call orang yang kitorang deal sebelum sampai sana tu. Few minutes later, adalah sorang mamat ni keluar,,then aku tanyalah mana khemah apa semua lepas tu mamat tu cakap 'relek jap ea,tgh mamai ni baru bangun tido' so aku pon terpaksalah tunggu dia sober kejap.Dah mamat tu sedar sikit, dia pon tunjuk khemah. I is terkejut yer dengan kondisi khemah,dah lah depan toilet,,last2 terpaksa lah redha sebab kitorang tak bawak khemah sendiri. Kalau korang nak berkhemah,better bawak khemah sendiri sebab korang boleh park khemah jauh sikit dari area toilet itu.


Ni area camping site tu. Kalau kau bawak khemah sendiri boleh lah park khemah dekat tengah2 alam mengadap laut ni.Kalau tak bawak kau duduk lah khemah depan toilet kat belakang sana


Yang ni tempat masak memasak jadi tak payah lah gigih nak bawak kau punya periuk segala,kitorang memang bawak periuk segala ibarat macam kau duduk dalam hutan semua benda tadek lepas tu last2 komplen banyak gila bawak barang #lessonlearned



Ini toilet yer. Tempat mandi memang open shower jadik untuk gegurls bawak lah kain basahan tapi kalau kau nak mndi pakai bra pon up to you lah.Bergantung kepada tahap kemaluan masing2. Toilet ok je,,tak jijik lah so dont worry

Dah setel check in kononnya kitorang pon tukarlah baju nak pergi snorkeling . Time tu dalam pukul 10 pagi so consider awal lagi. Kitorang mulanya nak ambik dengan longsha ni jugak tapi tak jadi so kitorang jalan sampai ke area Kapas Beach Chalet. Hujung ke hujung dengan panas teriknya.Surrender weyh nak jalan tapi terpaksa lah. Dekat sana harga snorkeling RM 25/pax, dia bawak snorkeling tengah2 laut lah.Sekali lagi yer,advisable untuk bawak sendiri punya snorkeling gear sebab kau imagine lah berapa banyak umat pulak yang dah pernah guna snorkeling gear tu kan,,tapi aku last2 tak bawak jugak yang aku punya..ughhhhh






Aduhh duyung ke dugong semua tu

Lama jugak duk tengah-tengah laut tu tapi one thing aku boleh cakap,view dekat tengah laut ni tak best pon,better lagi time aku pergi first time dulu,dekat tepi pantai lagi best view corals dia.

Settle snorkeling kitorang balik tent and berehat..Penat weyh. Actually tak banyak aktiviti sangat boleh buat kat sana,,kau just spend time dengan kawan2 kau je lah nak tunggu habiskan dua hari tuh






Dugong naik ke darat untuk berehat

Petang dalam pukul 4 macam tu kitorang pergi semula dekat Kapas Beach Chalet sebab nak main kayak pulak. Dari tak buat pape kat sana baik kita main kayak pulak. Satu kayak RM20 boleh naik 2 atau 3 orang.Kalau kau gems naik berdua cukup lah. Kitorang ambik dua kayak. Satu naik dua org, satu lagi naik 3 orang




Towards the end nak sunset tu paling best lah sebab view sangat cantik. Memang  orang cakap golden time sebab kau boleh feelig2 romantik sangat time ni. Ambik gambar pon sumpah cantik. I loveee





Petang lepas kayak kitorang ambik gambar sampai matahari betul2 terbenam. Setiap minit masa itu adalah emas.

Ok lah part last aku sambung next entri. Macam panjang sangat pulak nak tulis semua kat sini kan

2 comments:

  1. nice. cantik nye pemandangan.. mesti best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best untuk weekend getaway sebab sekejap je naik bot and tak ramai sangat orang

      Delete