Monday 18 March 2019

JOGJAKARTA PART 2


Sambungan kepada entri yang sebelum ni, lepas je check in aku dengan kawan aku Anis decide untuk pergi tempat tempat berikut. Aku belanja serpihan gambar je lah yer. Bab- bab bayaran aku tak ingat dah

1)  Candi Ijo - candi ni dekat atas bukit dan kalau nak pergi, pergi waktu pagi sebab view cantik sangat




2) Nama tak ingat - tempat dia betul-betul sebelum sampai Candi Ijo. Kira bawah candi Ijo tapi kitorang decide pergi candi dulu then turun baru singgah tempat ni




 3) Goa Pindul - tempat main air (gambar banyak hilang)

ehsan google
4) Gumuk Pasir - Okay dekat sini boleh main sand boarding. Tempat dia ala-ala macam padang pasir . Sangat cantik






4) Malioboro - Tempat kitorang makan dan lepak-lepak beli souvenir

Google

Google

5) Puntuk Setumbu







6) Candi Borubudur





7) Pantai Timang 

Ni antara tempat wajib pergi ye. Aku boleh share gambar je sebab details aku dah tak ingat sangat dan gambar pon dah banyak hilang. Tapi nak ke sana memang sakit bontot yer. Kau kena naik jeep lepas tu ikut off road. Balik tu konfom bernanah bontot kau.

Lagi satu dekat Pantai Timang ni kau boleh pilih antara gondola atau cross jambatan. Macam aku and the gang, kitorang nak cross jambatan sebab boleh ambik gambar tengah- tengah nk cross tu but pape pon depend pada diri sendiri. Kalau bajet terlebih, try lah dua-dua. Ha gitu


Ni jeep yang kitorang naik. Leper tetek dengan bontot aku naik benda ni



Haa kemain feeling nyah






Nak cakar apa tatau

Sebelah kiri jambatan, sebelah kanan gondola. Ha pilih lah yang mana suka ok

Ok bila dah sampai Pantai Timang ni memang wajib kalau lepas tu pergi makan lobster ni. Sedap nya sampai kitorang dah tak larat nak makan sebab portion dia sangat banyak dan lobster tu kau boleh pilih untuk masak pedas atau tak,tak pun nak dua- dua sekali pon boleh. Berbaloi dengan harga (this is exactly what we ate)

Google

8) Hutan Pinus

Hutan Pinus ni cantik kalau nak ambik gambar lepas tu relax- relax kejap ok lah







9) Gunung Merapi








10) Rumah Hobbit






11) Pinus Pengger

Cantik sangat view dia. Ala- ala macam bukit Ampang tapi lagi lawa lah. By the way, dalam gambar ni kawan aku, aku tak tahu lah mana gambar aku. Aku rasa semua dalam fon lama yang rosak tu.




Ok sekian sahaja trip throwback ke Jogja. Overall, Jogga tempat yang sangat cantik. Kalau jenis yang suka ambik gambar tempat- tempat cantik boleh lah pergi ok

Sunday 3 March 2019

TRIP KE JOGJAKARTA (throwback) PART 1

Hai uolls

Sebelum pape, ingin diingatkan bahawa entri ini adalah entri throwback ok. Kejadian ini berlaku sekitar September 2017. Nampak tak dekat dua tahun baru nak up semula story ni. Bukan apa, nanti tua-tua boleh baca. Dont worry, kenangan kat sana masih terpahat dalam jiwa raga ku ini

Okey trip ke Jogja ni bermula secara tiba2 sebab asalnya aku dengan kawan aku nak pergi tempat lain tapi end up pergi ke Jogja sebab kawan kitorang lagi sorang( Si D) dah beli tiket pergi sana. So end up aku dengan kawan aku (si A) pon follow lah beli tiket ke Jogja.

Nak dijadikan cerita, plan awalnya memang kitorang nak follow trip si D tapi last2 kitorang decide untuk tak join sebab kawan-kawan dia macam tak suka kitorang join so whateverlah. Sebenarnya bukan kawan-kawan, cuma sorang pompuan ni jek pon yang acah-acah and yang acah-acah tu pon bukan kawan si D ni tapi kawan kepada kawan si D ni jek pon tapi dia punya acah-acah macam kau lah yang plan segalanya.

Long story short,sekarang ni aku dengan si A tinggal berdua lah sebab kitorang tak jadi nak join trip D dengan kwan2 dia. Mujurlah si A ni ramai kawan jadinya dapat lah dia ajak lagi dua orang kawan dia untuk join trip ni and turn out to be dua2 photographer boek punya. Bila dah cukup berempat makanya jimat lah sikit perbelanjaan semua benda sebab boleh share 4 orang kan.

DAY 1

Perjalanan hari pertama ni kitorang tak ke mana sangat.Sampai je kitorang dekat aiport Jogja, terus contact supir and dia pon datang ambik and bawak pergi hostel yang kitorang book.


Ni supir kitorang sepanjang dekat sana. Mas Jitho ni sumpah terbaik ye. Kalau sesiap nak supir dekat Jogja sila lah ambik beliau as tour guide. Pasti tak menyesal. Tu aku screenshot dia punya ig so bleh DM je lah beliau ok.





So now lepas kitorang dah sampai, terus pergi hostel lah. Aku nak tunjuk tempat kitorang makan tapi kena godek gambar dulu lah. Entah ke mana dah gambar tempat makan tu. Ok ni gambar-gambar dekat hostel kitorang (gambar ambik dari facebook hostel ni). Owner dia sangat lah baik dan mesra. Orang kat sana baik- baik lah


 Ok ini gambar bilik kitorang. Just nice lah, katil double decker


Ni tempat masak kalau nak masak


Ni tempat makan dia atau nak lepak-lepak


Kalau book hostel ni dia sediakan breakfast sekali tapi dalam kepala otak tu jangan lah expect macam breakfast dekat hotel pulak kan., Ni breakfast yang hostel sediakan. Ok lah untuk alas perut


Sambung next entri tempat-tempat yang menarik dekat sana