Sunday 3 March 2019

TRIP KE JOGJAKARTA (throwback) PART 1

Hai uolls

Sebelum pape, ingin diingatkan bahawa entri ini adalah entri throwback ok. Kejadian ini berlaku sekitar September 2017. Nampak tak dekat dua tahun baru nak up semula story ni. Bukan apa, nanti tua-tua boleh baca. Dont worry, kenangan kat sana masih terpahat dalam jiwa raga ku ini

Okey trip ke Jogja ni bermula secara tiba2 sebab asalnya aku dengan kawan aku nak pergi tempat lain tapi end up pergi ke Jogja sebab kawan kitorang lagi sorang( Si D) dah beli tiket pergi sana. So end up aku dengan kawan aku (si A) pon follow lah beli tiket ke Jogja.

Nak dijadikan cerita, plan awalnya memang kitorang nak follow trip si D tapi last2 kitorang decide untuk tak join sebab kawan-kawan dia macam tak suka kitorang join so whateverlah. Sebenarnya bukan kawan-kawan, cuma sorang pompuan ni jek pon yang acah-acah and yang acah-acah tu pon bukan kawan si D ni tapi kawan kepada kawan si D ni jek pon tapi dia punya acah-acah macam kau lah yang plan segalanya.

Long story short,sekarang ni aku dengan si A tinggal berdua lah sebab kitorang tak jadi nak join trip D dengan kwan2 dia. Mujurlah si A ni ramai kawan jadinya dapat lah dia ajak lagi dua orang kawan dia untuk join trip ni and turn out to be dua2 photographer boek punya. Bila dah cukup berempat makanya jimat lah sikit perbelanjaan semua benda sebab boleh share 4 orang kan.

DAY 1

Perjalanan hari pertama ni kitorang tak ke mana sangat.Sampai je kitorang dekat aiport Jogja, terus contact supir and dia pon datang ambik and bawak pergi hostel yang kitorang book.


Ni supir kitorang sepanjang dekat sana. Mas Jitho ni sumpah terbaik ye. Kalau sesiap nak supir dekat Jogja sila lah ambik beliau as tour guide. Pasti tak menyesal. Tu aku screenshot dia punya ig so bleh DM je lah beliau ok.





So now lepas kitorang dah sampai, terus pergi hostel lah. Aku nak tunjuk tempat kitorang makan tapi kena godek gambar dulu lah. Entah ke mana dah gambar tempat makan tu. Ok ni gambar-gambar dekat hostel kitorang (gambar ambik dari facebook hostel ni). Owner dia sangat lah baik dan mesra. Orang kat sana baik- baik lah


 Ok ini gambar bilik kitorang. Just nice lah, katil double decker


Ni tempat masak kalau nak masak


Ni tempat makan dia atau nak lepak-lepak


Kalau book hostel ni dia sediakan breakfast sekali tapi dalam kepala otak tu jangan lah expect macam breakfast dekat hotel pulak kan., Ni breakfast yang hostel sediakan. Ok lah untuk alas perut


Sambung next entri tempat-tempat yang menarik dekat sana

0 comments:

Post a Comment