Sunday 7 January 2018

WISHLIST 2018

Hai semua

Pejam celik pejam celik dah seminggu kita masuk tahun baru.Apa- apa pun pertama sekali kita kenalah sentiasa memanjat kesyukuran sebab masih boleh masuk tahun baru kan. Harap- harapnya tahun baru ni kita masuk dengan azam baru dan semangat baru okey.

Kalau cerita bab azam baru memang semua orang time masuk tahun baru jek kemain semua nak berazam itu ini la. Macam aku, azam konon nak start diet masuk tahun baru nih, tapi setakat ni aku rasa azam tu nampak dah kelaut sikit.hahaha.

Jadi macam biasa, bila dah masuk tahun baru, aku pon nak buat jugak lah azam tahun baru. Orang lain buat takkan aku nak tengok jek,aku pon nak jugak feeling2 berazam sikit,haha.

So di sini aku nak senaraikan wishlist tahun 2018 ni supaya aku ingat lah. Kalau sebelum ni, aku punya wishlist memang aku tulis atas kertas lepas tuh aku dah tak tau kertas tu melayang pi mana. Untuk mengelakkan azam yang hangat2 tahi ayam, aku tulis la kat blog so bila aku bukak blog, aku nampak lah aku punya azam tahun baru aka wishlist aku untuk tahun 2018.

WISHLIST 2018

 1) Nak ada side income (business or apa2 je lah yg boleh buat side income)



2) Side income > RM1000 per month

3) Savings > RM5000




4) Nak beli sony alpha6000


5) Diving trips (at least 2 kali tahun ni)


6) Travel overseas (at least 2 negara)





7) Graduate in Master of Chemical Engineering


Buat masa ni, ini jek aku rasa wishlist yang aku boleh cuba untuk penuhkan tahun ni. Nak target banyak2 nanti tak dapat nak buat kuciwa pulak kan.

Semoga akhir tahun ni aku mampu untuk tengok balik wishlist ni and time tu aku dah potong semua which means aku dah dapat semua. Hopefully, Aminnn

Selain dari wishlist ni, of course lah benda paling besar sekali aku nak tengok kebahagiaan family aku terutama parents and supaya aku terus diberi peluan untuk beribadah kepadaNYA

Wish me luck guys😘