Wednesday 2 September 2020

PULAU TIOMAN 2020

Okey assalamualaikum

Semua pon dah sedia maklum kan yang tahun 2020 ni kita dah dilanda virus corona jadinya satu dunia dah ambil langkah berjaga-jaga dengan stop kemasukan pelancong ke dalam negara masing-masing. 
Malaysia pon tak lari jugak dari ambik langkah yang sama jadiknya sepanjang 2020 ni tempat-tempat pelancongan dekat Malaysia ni penuh lah terutama kalau weekend panjang

So kali ni aku dengan geng Fab6 plan pergi pulau. 
Trip Fab6 ni boleh dikatakan trip tahunan lah tapi instead of 6 kalini 5 orang je yang join. Awalnya bulan 3 hari tu kita plan pergi Indonesia,tiket semua dah beli bagai tapi tu lah kena cancel sebab corona ni.
Jadinya bila dah bincang-bincang,kita decide untuk pergi time cuti merdeka ni lah dari 29-30 Ogos je. Plan asal adalah untuk pergi pulau Redang sebenarnya tapi bilik semua full dah so kita pilih untuk pergi Tioman je. 
Ni kiranya kali kedua lah aku pergi Tioman. Last pergi tahun 2014, itupun dekat Salang je.

Oh ya kalau plan untuk pergi time peak days macam cuti sekolah ke tolong lah book feri awal-awal sebab kalau book last minit atau walk in takut tiket feri dah habis,
Macam kitorang sepatutnya naik dekat Tanjung Gemok sebab lagi dekat dari Kuantan tapi tiket feri dari Tanjung Gemok dah sold out awal lagi dah jadinya kitorang naik dari Jeti Mersing. 
Untuk pergi Tioman ni kau boleh naik antara dua feri which is Cataferry atau Bluewater. Kitorang ambik cataferry sebab nak selesa sikit and I tell you guys what, feri ni mmg sangat selesa.
Cuma bayaran untuk feri ni agak mahal kalau nak compare dengan bluewater. Tiket feri kami RM130 return/pax naik cataferry. Kalau naik bluewater harga return cuma RM70. 
So its up to you guys lah nak pilih mana yang lagi berbaloi,ikut bajet masing-masing kata orang


Ni rupa cataferry tu. Dalam dia memang aircond kuat cuma seat dia macam seat airasia,tegak jek macam tu but still sangat selesa. Dalam feri ni ada food stall jugak incase kau lapar ke boleh beli makanan dalam tu. Toilet of course ada jugak cuma toilet dekat area luar feri tu,bukan dekat dalam feri.





Ni kitorang berlima duduk seat area tengah sebab cukup satu row lima orang semua. Masa ni dekat luar gelap lagi sebab baru pukul 6 pagi and yes timing feri memang dari pukul 6 pagi. Untuk makluman semua jugak,tiket feri ke tioman tak banyak masa jadi kalau nak lewat sikit baik beli tiket cepat-cepat sebab selalunya tiket timing lambat ni cepat sold out. Kitorang duduk lepas tu semua terus tidur. Perjalanan pagi ni ambik masa lebih kurang 1 jam setengah je


Untuk trip kali ni aku book resort dekat Juara. 
Untuk masuk Juara ni kau kena naik 4wd.
Bayaran dalam RM30/pax pergi sahaja,balik nanti bayar another RM30/25 bergantung pada ikhsan owner 4wd tu lah. 
Kitorang stay dekat Coconut Grove sebelah je dengan The Barat.Kalau nak masuk Juara, feri akan berhenti dekat Kg Tekek lepas tu dari situ kita akan naik 4wd ke Kg Juara.
Dont worry kalau tak book awal-awal 4wd sebab dekat jeti tu nanti banyak je abe-abe yang akan offer, so kita tinggal pilih je.
Senang bukan






Cantik sangat tempat dia. Betul-betul depan pantai tapi area chalet, surrounding dia garden.


Masa kitorang sampai chalet dalam pukul 8.30 am macam tu, so kitorang lepak dulu dekat cafe chalet ni sambil cari pakej snorkeling.
Turn out to be pakej snorkeling untuk pagi ni banyak dah full tapi nasib kitorang baik sebab abang 4wd yang kitorang naik tadi tolong carikan bot. 
This time kitorang naik private bot,tak campur-campur org lain okeh,just the 5 of us.
Dia kira satu bot RM650 so kitorang divide 5 jadiklah RM130 sorang untuk pakej snorkeling 4 points.
Kitorang start snorkeling around pukul 11 macam tu sampai pukul 3 ptg macam tu lah.
Antara point yang kitorang pergi adalah Pasir Panjang, Malang Rock, Taman Laut and Rengis.
I tell you guys what antara 4 ni yang paling cantik dekat Rengis tu. 

Wajib pergi!!


Feeling-feeling ditampar angin laut sangat


Kitorang berlima je satu bot. Exclusive bukan. Hahahaha


From 2007 and still counting


Tak sapu sunscreen dekat kaki maka hangus lah kulit. Tengoklah air dia memang cantik gila kan


Mujur lah snorkeling 4 point jek sebab masuk point ke 3 aku dah mabuk laut kot.
Lepas tu lagi satu aku rasa sebab aku tak makan pagi jadinya memang pening betul kepala time tu.
Siap pakej muntah ye lepas point ke 4 tu. 
Advise untuk korang yang nak pergi snorkeling tu isi lah perut sikit kalau tak nak mabuk-mabuk penat snorkeling

Aktiviti petang lepas snorkeling ni santai-santai jah sambil usha jantan.
Nasib petang tu redup je so kitorang lepak-lepak je depan chalet 





Dah petang leisure-leisure malam tu kitorang bbq lah pulak.
Sebenarnya penat sebab macam pack jugak hari kitorang tu.
Ye lah org pergi 3h2m kitorang pergi 2h1m je, memey penat lah jawabnya



Function ye ring light aku dekat tengah-tengah pantai ni
Area tempat kitorang stay ni memang malam mati sikit
Sesuai untuk family and sesiapa yang nak honeymoon lah
Untuk kitorang yang berjiwa remajah ni memang rasa sendu sikit tempat macam ni but still sangat selesa


Makanan bbq dibawa siap dari KL
Barang-barang dengan bbq pit tu pon bawak sendiri jah
Gigih kan weollss..ehek

Lepas bbq aktiviti kitorang chill dalam bilik je
Masig-masing pon dah penat seharian and esoknya balik ke sarang masing-masing
Overall sangat okey lah reunion kitorang kali nih
So till then,,bye..
Nantikan next entry pulak kalau aku rajin

Oh sebelum tu aku share dulu lah pecahan perbelanjaan incase ada yang nak tahu berapa total kitorang hangus

1. Minyak ktn - mersing - ktn RM14 (divide 5)
2. Ferry mesing - tekek - mersing - RM130
3. Taman laut- RM5
4. Charter tekek - juara- RM30
5. Snorkeling- RM130
6. Hotel- RM146
7. Bbq- RM20
8. Charter juara - tekek- RM24


Total RM499

Wednesday 29 January 2020

AZAM 2020

Assalamualaikum semua

Biasalah bila hujung bulan baru kita feeling-feeling nak update pasal azam baru

Setiap tahun pon ada azam baru tapi rasa nak berazam tu cuma awal-awal tahun dengan akhir tahun je.

Akhir tahun tu pon sebab nak recap balik apa jek yang aku dah buat setahun ni.Hikhok

So azam tahun ni aku tak nak yang extravaganza sangat. Mungkin yang biasa-biasa je yang aku rasa boleh nak capai

AZAM 2020

1) Ada side income > RM500

2) Travel 2 negara (every year pon mmg wishlist)

3) Cukup savings 6 bulan gaji (aku ni sejenis boros,carik duit,simpan duit tak reti,reti habiskan je)

4) Upgrade duit bagi kat parents

5) Masuk rumah baru

6) Setelkan hutang

So basically azam aku kali ni yang beshe-beshe jek.

Tadek yang luar biasa. Sebab dia adalah sejenis azam dan bukan wishlist jadiknya aku kena relevan lah and berusaha sikit lah tahun ni kan

Doakan aku gais supaya this year dapat fulfill semua tuh.

Kalau ada yang tetibe yang membaca ni boleh titipkan doa untuk aku ye.

Haa bahasa bukan kaleng2. Dah sah-sah kita anak cikgu BM kan.