Thursday 26 September 2019

KAPAS CAMPING TRIP PART 3

OK here we go

Untuk last entri kali ni pasal hari malam dan hari last kitorang kat sana.
Kalau dah nama camping harus lah ada bbq nya kan so malam tu kitorang set up untuk bbq.




Btw ayam yang pucat lesi tu bukan kitorang punya yer. 
Ayamm kitorang haruslah menarik hasil tangan chef syawal azrai aka syawalina. 
Letops ayam dia,tengok warna pon dah tau sedap ye sis semua.



Nak hidupkan arang yang tak seberapa tu pon sampai empat orang.
Dan of course lah aku paling function siap kipas terus


Ok malam tu sebenarnya nak celebrate birthday fizi. 
Dia macam tradisi kitorang lah untuk celebrate birthday masing2 so malam tu kitorang decide untuk celebrate beday fizi.
Gigih yer aku bawak kek tu dari Kuantan naik bot segala.
Nasib kek masih lagi ada rupa kek ye malam tu.


Letups tak makanan and decoration  siap fairy light segala




Birthday boy. Kek sumpah sedap yer. Perisa choc peanut.
 Pandai tak aku jaga kek ni supaya masih kekal bentuk kek, Dengan naik bot nya semua.
 I is bangga dengan diri sendiri.
Tibehh

Malam tu kitorang tido atas buai hammock yang jaring2 tu sambil tengok bintang. 
Asyik bangat tapi tengah2 malam tu dah kena masuk khemah sebab macam nak hujan tapi nasib baiklah aku tido lena jugak. 
Mungkin sebab penat dah kot siang hari tu

Siang nya tu kitorang decide untuk hike Bukit Singa. 
Bukit Singa ni is a must sebab orang kata signature Pulau Kapas lah. 
Klau tak pergi maknanya tak pergi lah korang ke Pulau Kapas. tapi nasihataku,tayah lah korang nak jalan sendiri,better ambik tour guide jek Rm25/pax sebab penat weyh nak jalan panas2.
Naik bot nanti dia terus hantar tapi kitorang hari tu jauh jugak dari bot nak pergi jalan naik Bukit Singa tuh
Bot tak boleh berhenti depan2 Bukit Singa tu sebab nanti rosakkan coral so diorang akan berhenti jauh sikit dan korang kena jalan untuk sampai ke Bukit Singa tu



Ni kitorang dah dekat bawah.
Kena naik bukit belakang tu untuk pergi puncak
Jalan nak naik puncak tu curam jugak jadi kalau yang berumur sikit (I mean makcik2) macam susah sikit lah nak naik.



Cantik kan view dia. Orang cakap hilanglah penat sekejap bila da naik atas puncak dia. 
Tapi puncak dia bukan macam Broga yang luas sampai 10 orang boleh bergambar atas tu.
Puncak dia kecik je
Paling ramai pon boleh lah 5 orang yang berbadan kecik duk kat atas tu





Ni gambar aku dekat puncak.
Curam gila ye.
Kau dekat atas ni tak payah lah duk nak bergurau senda beramas mesra sangat sebab tempat dah lah kecik lepas tu kalau kau silap sikit jatuh lah ke bawah. 
Innalillah



Mamat yang pakai cap tu lah yang jadi tour guide kitorang

Dekat Bukit Singa ni tak boleh lama2 sebab panas sangat.
Kitorang dekat atas pon sekejap jek sebab panas yakmat time tu weh.
Lepas balik dari Bukit Singa kitorang kena balik tent sebab bot balik pukul 1.30 pm.

Ok time ni aku memang menyirap ye,terus angin baik aku dua hari tu hilang.
Kisahnya sebab aku dah lah panas balik dar Bukit Singa tu.
Badan punya lah melekit nak mampus lepas tu time nak mandi boleh pulak tadek air. I repeat TADAK AIR!!!
Aku punyalah nak marah time tu,memang tak boleh bincang dah,nak mengamuk betul aku
Kau dah lah nak kejar bot cepat lepas tu kau tak boleh mandi ye
Stress weh
Nasib baiklah tempat lelaki ada lagi sikit air so aku masuk lah toilet lelaki
Gasak lah.
Tapi mujurlah kawan-kawan aku ni tolong cover
Function jugeklah
Dah setel mandi semua kitorang rushing naik bot and balik ke realiti sebenar

Sebenarnya da lagi cite pasal makan otw balik ni tapi aku tatau mana pergi gambar-gambar makanan tu so pass je lah.
FYI makanan yang tak sedap ye so tak yah lah aku citer kan

Ok bye 

Friday 6 September 2019

KAPAS CAMPING TRIP PART 2

Ayuh sambung cerita camping

Kitorang naik bot paling awal tau,bot pukul 9.Next bot pukul 11 jadi pandai-pandai lah bajet perjalanan korang nanti.Kitorang nak sampai awal sebab banyak plan nak buat katanya kan. Memandangkan cuti pon 2 hari je jadi kalau boleh banyak sikit aktiviti yang kitorang nak buat kat sana

Naik bot pergi pulau tak lama pon, dalam 15 minit je. Sesiapa yang fefeeling mabuk laut tu kau tampo je sebab tak sempat weyh nak mabuk-mabuk pon. Bila dah sampai dekat tempat camping satu hal pulak nak turun dari bot tu. Abang bot tu annoying gila yer cakap 'Cepat sikit turun,gelombang ni'I was like chill la bang,beg kitorang dah la gedabak.Almaklumlah kalau yang pergi pon persis model victoria secret,beg pon haruslah gedabak weyh.



Ok dekat sini je kau boleh tengok aku macam mana so kau boleh lah imagine betapa annoying nya aku time nak turun tu ye. 

Kitorang sampai tempat camping tu dalam pukul 9.30 lah and kitorang expect untuk terus boleh masuk khemah tapi sebenarnya standard lah kan kalau check in mana2 kan mesti pukul 2 mcm tu. Tapi kitorang nak letak beg je sebenarnya. So bila sampai sangat lah clueless ye sebab reception punya tempat apa semua tadek jadik nya terpaksalah call orang yang kitorang deal sebelum sampai sana tu. Few minutes later, adalah sorang mamat ni keluar,,then aku tanyalah mana khemah apa semua lepas tu mamat tu cakap 'relek jap ea,tgh mamai ni baru bangun tido' so aku pon terpaksalah tunggu dia sober kejap.Dah mamat tu sedar sikit, dia pon tunjuk khemah. I is terkejut yer dengan kondisi khemah,dah lah depan toilet,,last2 terpaksa lah redha sebab kitorang tak bawak khemah sendiri. Kalau korang nak berkhemah,better bawak khemah sendiri sebab korang boleh park khemah jauh sikit dari area toilet itu.


Ni area camping site tu. Kalau kau bawak khemah sendiri boleh lah park khemah dekat tengah2 alam mengadap laut ni.Kalau tak bawak kau duduk lah khemah depan toilet kat belakang sana


Yang ni tempat masak memasak jadi tak payah lah gigih nak bawak kau punya periuk segala,kitorang memang bawak periuk segala ibarat macam kau duduk dalam hutan semua benda tadek lepas tu last2 komplen banyak gila bawak barang #lessonlearned



Ini toilet yer. Tempat mandi memang open shower jadik untuk gegurls bawak lah kain basahan tapi kalau kau nak mndi pakai bra pon up to you lah.Bergantung kepada tahap kemaluan masing2. Toilet ok je,,tak jijik lah so dont worry

Dah setel check in kononnya kitorang pon tukarlah baju nak pergi snorkeling . Time tu dalam pukul 10 pagi so consider awal lagi. Kitorang mulanya nak ambik dengan longsha ni jugak tapi tak jadi so kitorang jalan sampai ke area Kapas Beach Chalet. Hujung ke hujung dengan panas teriknya.Surrender weyh nak jalan tapi terpaksa lah. Dekat sana harga snorkeling RM 25/pax, dia bawak snorkeling tengah2 laut lah.Sekali lagi yer,advisable untuk bawak sendiri punya snorkeling gear sebab kau imagine lah berapa banyak umat pulak yang dah pernah guna snorkeling gear tu kan,,tapi aku last2 tak bawak jugak yang aku punya..ughhhhh






Aduhh duyung ke dugong semua tu

Lama jugak duk tengah-tengah laut tu tapi one thing aku boleh cakap,view dekat tengah laut ni tak best pon,better lagi time aku pergi first time dulu,dekat tepi pantai lagi best view corals dia.

Settle snorkeling kitorang balik tent and berehat..Penat weyh. Actually tak banyak aktiviti sangat boleh buat kat sana,,kau just spend time dengan kawan2 kau je lah nak tunggu habiskan dua hari tuh






Dugong naik ke darat untuk berehat

Petang dalam pukul 4 macam tu kitorang pergi semula dekat Kapas Beach Chalet sebab nak main kayak pulak. Dari tak buat pape kat sana baik kita main kayak pulak. Satu kayak RM20 boleh naik 2 atau 3 orang.Kalau kau gems naik berdua cukup lah. Kitorang ambik dua kayak. Satu naik dua org, satu lagi naik 3 orang




Towards the end nak sunset tu paling best lah sebab view sangat cantik. Memang  orang cakap golden time sebab kau boleh feelig2 romantik sangat time ni. Ambik gambar pon sumpah cantik. I loveee





Petang lepas kayak kitorang ambik gambar sampai matahari betul2 terbenam. Setiap minit masa itu adalah emas.

Ok lah part last aku sambung next entri. Macam panjang sangat pulak nak tulis semua kat sini kan

KAPAS CAMPING TRIP PART 1

Oh Hello. Welcome back

Ok lah kali ni punya entri pasal aku and the geng camping  dekat Pulau Kapas.

Pergi weekend jek sebab masing- masing pon busy.Kitorang pergi 29 & 30 Jun hari tu so macam biasa lah aku punya blog dah bersawang baru nak update kan. 

Nak dipendekkan cerita, sebelum pergi mana-mana dengan geng ni, mesti ada drama berbelas episod sebelum hari kejadian. Yang ni tadek transport lah, ada event lah,nak mampus lah and macam-macam lagi. Ehh banyaklah sis kalau nak cerita.haha

Ok bila dah tibe hari nak pergi tak sah ye kalau tadek drama lagi tapi aku malas lah nak tulis kesahnya. Letih paham tak! so biarlah rahsia kata kau.hahaha

Plan gerak pukul 12 tgh malam dari KL ke Kuantan then pick up aku kat Kuantan lepas tu stret pergi Kapas.Semuanya according to plan cuma delay sikit sebab diorang gerak dari KL lambat so bila gerak dari Kuantan tu pulak dah kalut sikit tapi last2 sampai dekat jeti Marang on time jugak lah

Kitorang sampai jeti Marang dalam pukul 7 macam tu then cepat-cepat nak carik kedai makan sebab lapar gila ye. Mujur lah sampai-sampai je dekat jeti,ada pasar pagi sebelum nak ke jeti tu jadi apa lagi serbu lah pasar pagi dulu.

Aku dengan Kewa beli makanan dekat pasar pagi, yang lagi 3 orang diorang makan nasi dagang yang overrated dekat area situ jugak. Katanya harga mahal nak mampos tapi portion sikit gila. ha padan muka. Aku punya makanan, nasi kerabu + telur + ayam pon baru RM3

Ni lah pasar pagi dekat jeti marang tu. Kitorang park kereta dekat jeti then jalan kaki pergi pasar pagi ni. Macam biasa lah kuih dengan nasik ada jual jugak

Lepas makan semua kitorang rushing pergi jeti sebab nak kejar bot pukul 9 pagi

Sampai dekat jeti terus pergi lot kedai longsha ni then daftar apa semua lah
(gambar google)


Salah satu reason kitorang nak camping ni sebab masing-masing nak jimat tapi end masing-masing menyesal sebab tak selesa. Tapi tu tape lah,benda dah lepas soo whatevahhh

Kalau korang feeling2 nak bercamping tu fikir dulu yer korang tu jenis macam mana. Aku pergi ni dengan geng-geng sejenis taraf model victoria secret so kau ghasoo manusia-manusia ni tak menyesal bila dah sampai sana?hahaha

Papepon kalau nak jugak camping konon-konon nak feeling jiwa kental,ni harga dia ok

Own tent -RM10/night (aku suggest bawak tent sendiri)
Longsha tent -RM15/night
Boat transfer -RM40 return (kalau ambik dengan longsha memang bot kena ambik dengan diorang lah)
Snorkeling -RM25/person
Hiking Bukit Singa -RM10/person
Jungle trekking -RM10/person

Jadi total kitorang berlima utuk boat dengan tent = RM 275

Then dah bayar semua kitorang pon naik bot pergi pulau Kapas. Oh yang best pergi pulau Kapas ni sebab dari jeti nak ke pulau tu dalam 15 minit jek. Tak sempat pon nak feeling2 mabuk laut gituh. Klau untuk weekend getaway macam kitorang ni sangat ok lah.


TBC on next post