Tuesday 5 November 2019

AWANA GOLF RESORT KEMAMAN

Short vacay sebelum kawan baik aku bergelar bini orang.
Disebabkan nama pon short vacay, memang kitorang pergi weekend je. 14 & 15 September hari tu.
Macam biasalah aku kalau bab peram cerita memang berbulan-bulan,kadang-kadang bertahun so bertabah je lah dengan diriku ini.
Kali ni punya short vacay cuma berempat. Aku,Aida,Tikah and Billa.Patut ada lagi sorang,Adura but she cant make it.
Kitorang ni memang besties tapi bab contact selalu tu tidaklah,Cuma bila ada event besar macam wedding ni kitorang jumpa balik.
Tak silap aku last kitorang vacay masa 2017 kot, haa nampak tak dah dekat 2 tahun baru nak vacay semula ye.
Tu pon sebab si Aida ni nak kawin,,kalau tak entah bila pulak.
Kiranya vacay kali ni macam bridal shower lah tapi tadek celebration apa pon sebab ye lah aku kan bukan sejenis yang suka buat-buat benda macam tu.
Penat tau nak kena pikir and plan.Hahahaha

Trip kali ni kitorang plan untuk stay dekat Awana Golf Resort Kemaman.
Rasa aku dulu nama dia Awana Kijal,ke still sama lagi tapi aku yang bengap tak tahu?
Memang pilih yang dekat-dekat je sebab short trip. jadi malas nak buang masa dengan naik kereta lama-lama. Dah makin tua ni aku cepat penat.



Ni resort tu. Memang besar ye

Dekat area resort ni memang tak banyak lah tempat menarik yang kau boleh pergi.
Kitorang pon just spend time dekat dalam resort ni je
Kalau untuk family yang ramai-ramai,kalau rasa mahal nak makan dekat dalam ni boleh makan malam dekat luar sebab kalau waktu malam memang bersepah jugak restoran sepanjang jalan nak ke Resort ni so tayah risau bab nak makan kat mana.
Lagi satu,sebelum masuk resort ni ada deretan kedai,dekat situ ada KFC jugak jadi lebih mudah nak makan.




Ni reception area. Dia punya lobby memang besar lah. 4 stars hotel kan kenalah besar,kalau kecik tu namanya boutique hotel


Ni tangga lobi. Bergambar dekat lobby is a must katanyah so aku layankan sajoh.



Ni tempat lepak-lepak dekat tengah lobi. 
Tapi one thing yang aku tak berkenannya sebab service lambat ye dekat reception.
Macam-macam masalah lah bila nak check in. 
Lama tau kitorang tunggu

Lepas dah check in,kitorang naik bilik. 
Sebenarnya ada problem masa check in tadi so dia upgrade bilik jadi superior tak silap.Tak directly sea facing macam yang kitorang book tapi still sea facing but view dengan laut jauh sikit.
Tapi bilik-bilik dia sebenarny memang sea facing,cuma jauh dgan dekat je


 Kitorang berempat so dapat 2 superior single so just nice lah.
Mujur  kawan aku lagi sorang tu tak jadi join.Ehhh
Tapi bilik dia aku bagitahu,sebelum datang tayah expect tinggi takut kau kecewa sebab aku nengok nye pon hmmm macam tak berbaloi jek untuk harga RM400 + satu malam
Bilik dia sangat kecik ye and no balkoni


Ni toilet dia and bathtub betul-betul  tepi katil.
So kalau kau berendam org katil sebelah boleh bukak jek tingkap tu main cak-cak dengan kau



Ini view dari floor kitorang

Sebab masing-masing lapar walaupun dah mentedarah nasi kukus sebelum gerak tadi,terpaksalah aku turun beli KFC.Bagi anak-anak kenyang dulu sebelum main pool.
So lepas makan aktivitinya memang mandi kolam je lah


Ni area pool dia,kalau bawak kanak-kanak memang tempat pool kanak-kanak best sebab ada playground
Aku teringin nak g pool kanak-kanak
 tapi karang makcik-makcik kat situ bagi pandangan maut pulak

Lepas main pool kitorang decide nak lepak bistro dia. Dengar bistro macam gah lah kan and kita expect nice coffee,nice ambiance nak-nak lagi bistro dia tepi pantai.
Tapi sekali lagi aku bagitahu ye,tak payah letak high expectation sebab memang mengecewakan
Kitorang datang ingat nak have a nice coffee sekali dia cakap malam ni hanya buffet so  boleh minum je kalau tak nak buffet
Ok fine lah sebab datang memang nak minum,last2 tengok menu air dia alahai,,,malas lah nak cakap
Last-last aku minum kopi-0 ye.
Lepas tu tempat dia memang tak best lah.angin tadek lepas tu gelap tadek feeling macam cafe tepi pantai lah.
Dah macam warung-warung yang tak laku macam tu


Gelap gelita  tapi nak jugak ambik gambar


Sebab kawan aku lapar,jadinya kitorang decide pergi lepak dekat cade Hainan ni. Cafe ni ada dekat lobi tapi time tu dah macam pukul 11,cafe dah nak tutup jadi orang tu boleh buat roti bakar je
Jadilah roti bakar pon buat alas perut


Pagi esoknya kitorang tadek aktiviti pon
Just pergi turun breakfast and balik


Ni otw nak pergi breakfast. Breakfast diorang I tell you guys what,,memang puas hati ye. Ye lah sorang pon RM52 macam tu,kalau tak memuaskan memang meminta lah diorang ni kan. Aku sejenis takkan membazirkan buffet ye so selagi boleh makan kita makan.

Lepas makan kitorang lepak dalam bilik kejap lepas tu check out
Sebelum check out pulun gambar dulu sebab lepas ni entah bila pulak next vacay. Semua dah berkeluarga nanti lagi susah.



 Sekian short trip kali ni.Nanti aku up stori pergi Bali pulak tapi tengok lah bila.HAHAHA